|
BAHAYA TABIAT MALAS
Thursday, December 30, 2010 | 10:21 AM | 0 comments
Bahaya daripada sikap malas :1- Lemahnya semangat bekerja, sehingga orang yang terkena penyakit ini hanya akan menjadi beban masyarakat. Dia hanya mahu dilayan orang , tetapi tidak sanggup melayan orang lain, tak ubahnya bagaikan longgokan sampah dipenghujung jalan. 2- Mengakibatkan kebodohan, kebekuan dan kemunduran 3- Menimbulkan penderitaan zahir dan batin. Hanya orang yang rajin sahaja yang dapat memenuhi hajat keperluan hidupnya moral dan material. Sebaliknya orang yang malas, keperluan dan hajat hidupnya tidak terpenuhi. Dan sebagai akibatnya akan timbul penderitaan dan kesengsaraan. 4- Terbuangnya masa tanpa makna, sehari-harinya dilaluinya tanpa amal dan jasa yang ditampilkan. Tiada kesan dan tiada yang patut dikenang selama hayat dikandung badannya. PENAWAR TABIAT MALAS Sebagai penawar untuk menghilangkan tabiat malas daripada peribadi seseorang ialah : - kesedaran akan bahayanya tabiat malas - kesedaran akan waktu dan nilai hidup - kesedaran akan tanggungjawab, seraya mengerah tenaga dan otak untuk bekerja Dalam banyak-banyak ayat didalam al-Qur'an, dinasihatkan oleh Allah swt. betapa perlunya rajin dan tekun bekerja, kerana setiap orang akan memperoleh darjat hanya mengikut prestasi kerjanya. p/s : oooo , aku pown tamau malas2 gak laaa ! hohoh ;P |